Saturday, January 1, 2011

Di UK Karam Singh Walia boleh menari bersama-sama.... Tapi di Malaysia Karam Singh kena UGUT

Karam Singh Walia Hina Melayu ?




Ini Bangsaku, bangsa Melayu yang 'over reactive'. Bila orang kutuk sedikit... kita melenting tak tentu pasal. Bagi aku, sikap Bangsa Melayu yang sebegini memperlihatkan kegampangan mereka. Yeelah Melayu suka ambil mudah dalam menyelesaikan masalah. Bukannya mengambil semua itu sebagai iktibar untuk membina semangat jati diri dan seterusnya hidup berdikari. Kerana sikap mudah atau Sikap GAMPANG bangsa Melayulah kita lebih rela menunggu SUBSIDI dari menjadi majikan-majikan. Kita lebih rela makan gaji dari taukeh-taukeh berbangsa lain dan jadilah kita sebagai BANGSA MELAYU YANG MENGHARAP DARI MENJADI BANGSA YANG BOLEH DIHARAP.
GAMPANG PAK...........

Monday, December 20, 2010

Di antara dua Kegampangan

Makna Gampang adalah Mudah. Kalau di Malaysia kita katakan 'Anak Gampang' maknanya anak luar Nikah. Pada hakikatnya memanglah ia anak yang mudah iaitu hasil dari perbuatan yang ambil MUDAH antara Lelaki dan Perempuan yang ambil mudah dalam membuat hubungan seks sebelum nikah tanpa memikirkan akibatnya.

Maka kalau di Malaysia makna Gampang adalah memberi satu makna yang keji dan tidak baik, tetapi di Indonesia pula Gampang memberi makna yang agak berbeza dan ianya tidaklah memberi makna yang keji malah suatu makna yang mudah, canggih dan agak relax sedikit berbanding dengan penggunaan perkataan Gampang di Malaysia.

Begitulah dengan para ahli politik dan pemimpin kita di Malaysia ini, ada yang mengambil jalan mudah atau betul-betul GAMPANG  dalam memenangi hati rakyat jelata atau menaburkan fitnah-fitnah yang kadang-kadang amat jijik dan rakus sekali cara pendekatan mereka, sehinggakan sanggup menjual prinsip-prinsip mereka dengan GAMPANG sekali.

Ada juga para ilmuan yang juga menggunakan ilmunya dan hujah-hujahnya dengan GAMPANG sekali hanya untuk memenangi hati pemerintah walaupun ianya tidak beraku adil dan saksama. Malah mereka ini dengan GAMPANG sekali sanggup menjual maruah ilmunya yang tiada galang ganti.

Inilah dunia sekarang yang saya kira dunia yang penuh dengan Kegampangan.