Makna Gampang adalah Mudah. Kalau di Malaysia kita katakan 'Anak Gampang' maknanya anak luar Nikah. Pada hakikatnya memanglah ia anak yang mudah iaitu hasil dari perbuatan yang ambil MUDAH antara Lelaki dan Perempuan yang ambil mudah dalam membuat hubungan seks sebelum nikah tanpa memikirkan akibatnya.
Maka kalau di Malaysia makna Gampang adalah memberi satu makna yang keji dan tidak baik, tetapi di Indonesia pula Gampang memberi makna yang agak berbeza dan ianya tidaklah memberi makna yang keji malah suatu makna yang mudah, canggih dan agak relax sedikit berbanding dengan penggunaan perkataan Gampang di Malaysia.
Begitulah dengan para ahli politik dan pemimpin kita di Malaysia ini, ada yang mengambil jalan mudah atau betul-betul GAMPANG dalam memenangi hati rakyat jelata atau menaburkan fitnah-fitnah yang kadang-kadang amat jijik dan rakus sekali cara pendekatan mereka, sehinggakan sanggup menjual prinsip-prinsip mereka dengan GAMPANG sekali.
Ada juga para ilmuan yang juga menggunakan ilmunya dan hujah-hujahnya dengan GAMPANG sekali hanya untuk memenangi hati pemerintah walaupun ianya tidak beraku adil dan saksama. Malah mereka ini dengan GAMPANG sekali sanggup menjual maruah ilmunya yang tiada galang ganti.
Inilah dunia sekarang yang saya kira dunia yang penuh dengan Kegampangan.